Wednesday, November 4, 2009

Kehidupan ini, untuk apa?

  1. Di zaman yang penuh mencabar ini, semua orang sibuk memikirkan macam mana nak jadi kaya? Macam mana nak jana kewangan? Macam mana nak hidup senang? Dan macam-macam lagi persoalan yang melibatkan duit.

  2. Ramai antara rakan-rakan kita yang dulu hidupnya biasa-biasa saja, kini dah pun hidup senang. Ramai juga yang bergelar jutawan. Pelbagai cara yang dilakukan oleh mereka-mereka ini untuk mencapai cita-cita mereka. Ada yang berniaga, ada yang menceburi MLM. Dan macam-macam lagi kaedah yang digunakan untuk menjana pendapatan.

  3. Kalau kita masuk ke kedai buku, banyak kita dapat lihat buku-buku yang menghuraikan tentang perkara ini. Dan penulisnya pula memang terkenal dan terbukti dengan pencapaian mereka. Buku-buku mereka ini juga banyak memberikan inspirasi kepada individu-individu yang ingin mengubah kehidupan mereka dari biasa kepada sang satria.

  4. Ada yang bersikap optimis dan ada yang pesimis. "Alaa... korang kaya dah la... Aku biar sederhana, tapi bahagia". "Diorang kaya duit je, tapi hati susah." "Dia tu kaya kejap je, tak lama lagi bankrap lah." Ini lah antara cakap-cakap orang yang pesimis.

    Bagi yang optimis pulak, "Kesian la kat diorang nih, apsal diorang tak nak ubah kehidupan diorang?".

  5. Kita tentu pernah dengar "Orang yang berjaya, sentiasa cari jalan. Orang gagal sentiasa cari alasan". Banyak dalam buku-buku motivasi menggunakan pendekatan ini untuk memantapkan hujah-hujah mereka.

  6. Orang yang rajin tentu akan berjaya? Insya Allah. Ramai juga orang yang rajin, tetapi gagal dalam hidup mereka. Kerana pendekatan ataupun cara mereka mungkin tidak bertepatan dengan strategi mereka. Sebagai orang islam, kita wajib mengimani qada dan qadar , usaha serta tawakkal.

  7. Yang malas akan rugi? Biasanya begitu.

  8. Tiada jalan singkat untuk berjaya? Sebenarnya ada, asalkan bertepatan strategi dan cara-caranya. Dan juga sentiasa berada di dalam keredhaan Allah.

  9. Apa yang paling penting, hidup kita ini mesti ada hala-tuju yang jelas. Ada objektif dan tindakan yang boleh diukur hasilnya. Barulah kita boleh mengukur sejauh manakah pencapaian kita. Persekitaran juga banyak mempengaruhi tindakan-tindakan dan perancangan yang kita buat.

  10. Perancangan yang kemas, kukuh dan dinamik amat penting kerana perancangan yang kita buat tidak akan semestinya akan memberikan apa yang kita harapkan. Kadangkala kita perlu untuk menukar ke plan B, C dan sebagainya. Tetapi objektifnya tetap akan sama.

  11. Apa-apa yang kita lakukan, sentiasalah berfikiran optimis dan semoga kita berada dalam keredhaan-Nya. Hidup kita takkan berakhir sekadar di atas dunia. Tetapi akan berkesinambungan kesannya hingga ke hari akhirat.

Monday, November 2, 2009

Sejarah pasti berulang...

Sejarah pasti berulang... itulah yg berlaku pada Dr Mohd Asri. Sepertimana ulama-ulama besar yang terdahulu. Seringkali mereka ini difitnah, dipenjarakan dan dikecam semata-mata kerana mereka ini membawa bentuk pemikiran yang tidak disenangi oleh agen-agen politik yang memiliki kuasa pemerintahan.

Hari ini, 2 Nov 2009, Dr Mohd Asri telah diperintahkan untuk hadir di mahkamah untuk diperdengarkan pertuduhan ke atas beliau kerana mengadakan kuliah tanpa memiliki tauliah yg sah dari kerajaan negeri selangor. Ini adalah rentetan dari peristiwa semalam apabila beliau telah ditahan dan diambil keterangan oleh pihak JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor).

Apa nak jadi dengan puak-puak politik nih? Di ambang kita sebagai negara islam hendak menuju misi mengembalikan kegemilangan islam di dunia, ada pihak-pihak yang barangkali mungkin agak tersekat agenda mereka hanya kerana terdapat segelintir hamba Allah yang mahu menegakkan kebenaran dalam islam.

Perselisihan kononnya wujudnya kaum tua dan kaum muda sudah lama diperkatakan. Hatta, Prof Hamka pun suatu masa dahulu pernah dilabelkan sebagai kaum muda dan berpahaman wahabi.

Alasan yang sering kita dengar ialah kerana pahaman wahabi ini akan memecahbelahkan umat islam di negara ini. Lebih berat lagi ada yang begitu mudah mengatakan wahabi ini sesat.

Sama keadaannya seperti yang berlaku diantara PAS dan UMNO. Saling kafir mengkafirkan antara satu sama lain. Atas alasan perbezaan ideologi dan pendapat. Keempat-empat mazhab yang muktabar pun tidak ada kafir-mengkafirkan atau sesat-menyesatkan antara satu dengan yang lain. Walaupun banyak perbezaan pendapat diantara mereka. Namun pendapat-pendapat mereka sering dijadikan hujah apabila hendak menyelesaikan permasalahan yang timbul dalam dunia islam.

Wahabi ini pahaman baru? Dari manakah sumber-sumber ilmu yang dijadikan sandaran untuk mereka berhujah sehingga dilabelkan sesat. Ada yang lebih berat lagi melabelkan mereka sebagai terkeluar dari ahlu-sunnah-wal-jamaah. Adakah mereka ini mengutarakan hadis-hadis baru yang bukannya dari Rasulullah? Adakah mereka ini mengada-adakan sunnah baru selain dari sunnah Rasulullah? Adakah mereka ini mengambil nukilan-nukilan ilmu yang bukan dari empat mazhab yang muktabar?

Gerakkanlah minda dan usaha kita untuk menjawab persoalan-persoalan yang diutarakan tadi. Semoga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah dalam menjalani liku-liku kehidupan sebagai hamba Allah yang diredhai-Nya.

Monday, October 19, 2009

Formula 1.... world champion for 2009

Bersengkang mata aku tengok formula 1 (Brazil) semalam sampai pukul 2 pagi. Sebabkan nak tengok siapa yang dapat world championship title. Akhirnya, semua terjawab. Jenson Button yang dinobatkan sebagai penyandang gelaran tersebut. Alahai... melepaslah Barrichello..

Monday, September 28, 2009

Selamat Aidilfitri...

Hari ni dah masuk hari ke-9 dalam bulan syawal. Aku pun dah start keja hari nih. Cibu pun dah balik rumah setelah 10 hari kat hostel. Tapi rasanya raya tahun nih macam ada kurang meriah sikit. Mungkin sebab ada saudara mara yang terdekat dah pun tak dak. Kawan-kawan lama pun dah susah nak jumpa. Jadi, raya tahun ni boleh lah dikatakan raya antara saudara mara terdekat saja.

Persediaan raya pun biasa-biasa saja. Alhamdulillah, raya tetap raya. Kad raya pulak hampir-hampir tak dak langsung. Kebanyakan nya dok kirim kad raya melalui facebook saja. Paling banyak aku terima ucapan raya sms.

Inilah perubahan zaman yang aku dapat saksikan. Sedikit demi sedikit, keadaan dah pun merubah perjalanan kehidupan kita. Zakat fitrah pun tahun ni aku bayaq melalui internet banking. Ada orang tanya, macam mana akad semua tu? Aku pun susah nak jawab. Jawapan yang paling senang ialah, majlis fatwa kata boleh, aku ikut saja lah.

Setelah seminggu bercuti, kena lah start semula keja. Yang mana keja yang tak siap, kenalah siapkan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri... maaf zahir & batin.

Thursday, July 9, 2009

Wind Chime




Aku tak tahu apa nak sebut bende alah ni dalam bahasa melayu. Dari kecik lagi aku memang nak sangat benda ni. Tapi tak kesampaian hajat aku tu. Kebetulan aku ada pegi jalan-jalan kat The Mines, Seri Kembangan. Masuk jek satu kedai gift tu. Aku tengok macam-macam benda yang menarik perhatian aku. Terutamanya 'wind chime' ni lah.

Sebenarnya ada banyak jenis wind chime nih. Ada yang dari kayu, buluh dan macam-macam lagi lah. Dan yang paling terkenal, daripada aluminium seperti yang dalam gambar tu. Paling best dengar wind chime tu bunyi bila ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Rasa tenang jek.

Ada lagi beberapa benda yang aku nak beli... Tapi sikit-sikit lah.

Friday, July 3, 2009

Mikaeel a.k.a Micheal Jackson

Segala keraguan ku selama ini samada Micheal Jackson muslim atau tidak telahpun terjawab dengan begitu jelas sekali. Kedengaran jenazah beliau akan dikebumikan secara islam membuatkan hatiku begitu tersentuh sekali.

Siapa pernah menyangka. Seorang insan yang begitu gah di persada seni dunia. Hinggakan dia digelar sebagai King of Pop. Status yang sebegitu membuatkan beliau seperti Elvis Presley (King of Rock 'n' Roll). Mungkin sukar untuk mencari pengganti untuk gelaran yang sebegitu selepas ini.

Terdetik juga di hatiku ini betapa bertuahnya Mikaeel. Sempat menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai muslim. Betapa bangganya aku. King of Pop yang aku kenali sejak aku kecil ni adalah seorang muslim.

Mengimbau kenangan aku masa lalu. Lagu-lagu beliau sering aku tunggu-tunggu kemunculannya di tv ataupun radio. Maklumlah, dulu mana ada internet, cd, mp3 semua tu. Lagu 'Beat-It' adalah lagu yang paling aku minati hingga lah ke hari ini.

Semoga ruh Mikaeel ditempatkan di kalangan insan yang mendapat kemuliaan dari Allah yang Maha Esa. Al-Fatihah.....

Wednesday, June 10, 2009

Happy Besday !!!!

AHAD, 7th Jun 2009 - Harijadi bonda tercinta yang ke-63. Tapi aku kat Selangor. Tak sempat la nak balik Kedah. Alhamdulillah abang-abang aku ada kat rumah. So sempat lah depa semua celebrate besday bonda kat sana.

Untuk insan yang bernama Aminah Bt Hasim, anakanda ucapkan Selamat Hari Lahir... semoga bonda sihat, panjang umur dan dilimpahi rezeki dari yang Maha Esa...

Friday, June 5, 2009

Selamat Pengantin Baru...

Cuti sekolah memang sinonim dengan majlis perkahwinan. Kepada kawan-kawan aku yang berkahwin tu, aku ucapkan Selamat Pengantin Baru... especially untuk Jawa dan jugak Bad.. Insya Allah kalau ada kesempatan, aku pegi la kenduri korang..

Wednesday, June 3, 2009

Al-Fatihah...

Tanggal 31 Mei 2009 (Ahad) 8.30 pm, aku menerima panggilan daripada mak aku. Ayah saudara aku yang lebih aku kenali dengan panggilan Pak Tam telah kembali ke rahmatullah. Semoga ruh Pak Tam dicucuri rahmat dari yang Maha Esa. Nama penuh Pak Tam ialah Abd Rahim Bin Aziz.

Alhamdulillah. Aku sempat bertolak balik ke Sungai Petani pada malam tu. Dan aku paling pasti, orang yang paling sedih ialah ayah aku. Sebab Pak Tam dan ayah aku cuma dua beradik. Ayah aku yang sulung. Beza umur antara ayah aku dengan Pak Tam cuma dua tahun.

Urusan pengurusan jenazah selesai lebih kurang pukul 12 tengah hari. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

Petang 1 Jun, 2009, aku bawa ayah aku ke hospital sultan abdul halim, sungai petani sebab mata kiri ayah aku merah macam sakit mata. Tapi diagnosis doktor menunjukkan yg mata ayah aku merah disebabkan oleh pendarahan pada blood vessel pada mata. Doktor kata tak kritikal dan ianya biasa berlaku especially pada mereka2 yang ada hypertension.

Al-Fatihah kepada Allahyarham Pak Tam aku.... semoga ruh nya dicucuri rahmat.. insya Allah.... amin..

Monday, March 30, 2009

Di Sambar Petir

2-3 minggu kebelakangan ni musim hujan + ribut petir. Semalam, 29 Mac 2009, aku tak ade kat rumah. Tinggal adik ipar aku sorang saja. Entah macam mana, sekali modem adsl wireless sudah kene sambar daa.. keputusannya modem dengan laptop adik ipar aku tu dah kong.




Ni gambar modem ni dari segi luarannya saja lah. Jenama Aztech model DSL605E. Aku baru pakai modem ni 8 bulan.



Bila aku dah bukak modem tu, ini lah yang aku dapat. Walaupun modem aku ni wireless nyer. Tapi masa tu adik ipar aku tu tengah guna kabel sebab laptop dia tak ade wireless. Kesan kebakaran memang jelas kelihatan.



Bila tengok dekat sikit lagi. Lagi jelas kesan kebakaran tu. Memang dah tak boleh nak buat apa dah. Alternatif yang ada cuma beli saja lah modem yang baru.

Untuk korang semua, aku nasihatkan korang beli la surge protector untuk lindungi modem korang daripada kilat a.k.a petir.

Wednesday, March 11, 2009

Pak.... Selamat Hari Jadi....






Tanggal 09 Mac 2009 (isnin). Hari jadi ayah aku yang ke-70. Bersamaan dengan sambutan maulid ar-rasul Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulillah. Tapi aku tak sempat nak bagi hadiah pun. Sebab aku tak balik kampung lagi. Aku doakan semoga Allah mengurniakan kesihatan pada ayah aku, kelapangan dada, rezeki... insya Allah.

Sunday, March 1, 2009

Abdul Majid Bin Aziz.....

Nama ayah aku Abdul Majid Bin Aziz. Dah 70 tahun umur dia. Kekadang tu teringat masa aku kecik-kecik dulu. Ayah aku ni jenis yang tak banyak cakap. Tapi rasa ayah aku ni dekat jek di hati. Alhamdulillah, ayah aku sihat lagi. Banyak kenangan masa aku dengan ayah aku. Aku panggil kat ayah aku ni "Pak".

Masa tu aku masih sekolah rendah lagi. Pak selalu bawa aku pi pekena roti canai kat kedai mahsuri. Aku paling suka order roti canai dengan teh tarik. Dulu kedai ni dekat dengan masjid. La ni kedai ni dah tak dak dah. Dah digantikan dengan kedai gubahan bunga & alat wat hantaran kawin.

Kekadang tu pak bawak aku pi makan nasi lemak kat perpustakaan lama Sg. Petani. Aku memang suka betul makan nasi lemak & hati goreng kunyit + teh tarik (favourite aku). Masa tu perpustakaan tu dekat depan Dewan Kenangan Sg. Petani. La ni dah dipindahkan kat Taman Jubli Perak dah. Tapak lama dah dibangunkan jadi tapak Ekspo.

Sekali sekala, bila petang-petang tu, aku selalu la order burger kat pak. Nanti dia beli la sebungkus. Dia tak makan sangat. Aku ngan mak aku jek la yang makan banyak. He he he.. Kalau tak order apa-apa, nanti dia beli la kuew tiow goreng ka, nasi goreng ka... kekadang tu dia beli kuih apam lenggang jek. Aku tak tau la tempat lain panggil apa kuih nih.

Ayah aku ni memang la dia sayang kat kami anak-anak dia ni. Cuma cara dia express kasih sayang tu lain la sket. Tapi aku paham sangat ayah aku ni. Apa pun kenangan aku dengan ayah aku memang aku tak dapat lupakan.

Cuma susah sikit nak korek perasaan dia. Sebab ayah aku ni memang dia seorang yang pendiam. Tapi kalu ayah aku bagi arahan sekali saja, memang aku akan ikut. Aku pun tak tau kenapa. Contohnya kalau mak aku kejut bangun subuh, huh.... memang tunggu matahari naik la baru aku bangun. Siap mak aku sapu air kat muka pun aku leh sambung tido lagi. Tapi kalau ayah aku kejut, sekali aje aku dah bangun solat. Ayah aku ni memang garang. Mungkin sebab dulu keja askar kot. Tapi tak pernah pun tapak tangan dia hinggap kat badan aku. Jentik pun aku tak pernah kena. Abang-abang saja aku saja yang pernah rasa. Hahaha.

Sebenarnya banyak lagi yang aku nak cerita. Tapi tak pa lah. Nanti aku post lagi. Insya Allah.

Saturday, February 21, 2009

Dilema boikot memboikot.....

Boikot barangan yahudi. Itulah kempen yang paling kerap kita dengar kebelakangan ni. Ini adalah sebahagian daripada bantahan kita terhadap keganasan yang mereka lakukan terhadap saudara-saudara kita di Palestine.

Aku pun nak tak nak, perlulah prihatin dengan perkembangan semasa. Yang mana kita boleh bantu tu, kita bantu lah. Di samping derma dalam bentuk kewangan, boikot ni salah satu la sumbangan aku untuk membantu saudara kita di Palestine.

Dulu, aku selalu la jugak pi makan kat KFC dengan McD. Tapi sekarang ni, dah depa di masukkan dalam list yang kena boikot. Aku pun tak pi dah la. Lepas tu timbul pulak isu orang-orang kita yang kata kesian la pulak kat orang seagama & sebangsa kita yang kerja kat sana.

Tapi apa kan daya. Pepatah orang tua kata "Luah mati mak, telan mati bapak". Tu orang tua-tua melayu yang kata. Tapi kita ikutlah agama. Itu lah yang paling utama. Kekadang tu terpikir jugak. Macam mana nak bantu diorang yang kerja kat tempat-tempat yang kena black list tu?

Kerana dibimbangi, pergerakan-pergerakan yang tidak suka kepada Islam akan mengambil kesempatan dalam isu ini untuk menarik orang-orang islam kita yang dalam keadaan terdesak ini ke dalam perangkap mereka.

Walaupun kita nampak isu Palestine semakin meruncing. Tapi kita jangan lah lupa akan keadaan negara kita. Saudara-saudara seagama kita kat sini pun wajib kita bantu. Boikot tu boikot la jugak, tapi kalau boleh tu sama-sama lah kita cari alternatif / penyelesaian untuk bantu saudara kita kat sini (Malaysia).

Sunday, February 15, 2009

Lagu untuk Ghozza....

Aku tak tau sapa dia ni Micheal Heart (http://www.michaelheart.com). Tiba-tiba nama dia naik mendadak selepas dia keluar dengan lagu We Will Not Go Down (http://www.michaelheart.com/sfg/downloads/a22685d/dl65.php?file=we_will_not_go_down.mp3). Kat youtube pun ada (http://www.youtube.com/watch?v=5GQrJndpbzc)

Apa pun lagu ni mengisahkan ketabahan pejuang Palestine dalam mempertahanakan Ghazza... Tapi tak tau la pulak si Micheal Heart ni dari mana asal usul dia. Lagu ni pun selalu keluar kat IKIM.fm.



Yusuf Islam pun ada cipta lagu untuk palestine. Tajuk lagu tu "Yusuf Islam & Klaus - The Day The World Gets Round" (http://www.youtube.com/watch?v=7shhoE10Bos)....

Tuesday, February 10, 2009

Taekwondo - WTF

Ahad lepas aku gi ziarah anak sedara aku kat Sg. Buloh. Yang sulung tu minat sangat nak join taekwondo. So ayah dia anta la dia gi register petang tu. Aku pun ada sekali. Ramai gak budak-budak yang join. Yang paling kecik, umur dia 5 tahun. Bukan main lagi dia berkuntau kat situ.

Anak sedara aku yang nombor dua tu plak, memang minat nak masuk.. Tapi malu-malu plak dia. Nak soh register nama pun tak mau. Bila tengok diorang training, tingat plak masa aku sekolah menengah (Sekolah Menengah Khir Johari @ Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari) dulu.

Masa tu aku tingkatan 2. Saje nak join taekwondo. Aku dengan member aku pun pi la register. Kat situ la kenal ramai kawan. Choo Poh Liang, Thirupathy, Danesh.. hmm... ada 2-3 orang lagi yang aku dah tak ingat nama diorang.

Coach aku tu nama dia K.Saravanan. Masa tu coach aku tu femes gak. Sebab dia tu wakil malaysia kat sukan sea manila... siap dapat pingat emas lagi.

Sempat jugak la aku masuk tournament sekali tu. Masa tu kat UUM, Sintok Kedah. Dapat la merasa pingat gangsa. Tu pun menang nasib.. hahaha.... teruk gak aku kene blasah...

Time grading, aku ngan kawan aku (amirul a.k.a Un) pi sama-sama. Kami naik basikal saja pi Chinese Hall kat Pekan Lama, Sungai Petani.

Pendek kata, kalau ada training ka apa ka... kami dua pi la sama-sama. Sampai la aku dapat tali pinggang biru. Lepas tu aku pun pindah sekolah (Sekolah Menengah Teknik Alor Setar, Lebuhraya Sultan Abdul Halim). Pastu terus stop sampai la sekarang nih....

Friday, February 6, 2009

Penyakit Berjangkit...

Berjangkit?!! Itulah yang berlaku kat satu lagi desktop pc aku. First time aku run, ok... second time.. satu lagi desktop aku pun kong macam yang desktop aku yang satu lagi tu. Masalahnya on jek suis, terus power sume masuk. Pastu halt.... bunyik ape pun tak dak. Kalu ade bunyik ke ape ke boleh la jugak aku troubleshoot. Monitor pun tak masuk power... CPU fan sume jalan. Iskh.. pening aku pikir.

Nampak gayanya tergundala lah plan aku minggu nih. Sabor ajer lah sementara aku mencari penyelesaian bagi masalah aku nih.

Wednesday, February 4, 2009

komputer kuno....

Desktop pc aku tak bleh idop plak. Maklumlah, pc lama.. dia nyer speed 266MHz je. Memory 256M.. Setakat ni no problem sebab guna windows 98. So, aku plan nak gunakan pc tu untuk download torrent jek. Semalam aku gi beli wireless kad yang pci nyer.

Mulanya nak pakai yang branded... chewaahhh... aku carik la yang dlink. Sekali harga dia mahal. Lari bajet aku. Dalam RM78-98. Ikot kedai la.... Last-last aku terpandang ada satu brand nih.. Tenda.. made in china... hua hua hua... RM55 jek. Apa lagi, aku terus sebat. Tapi aku tak test lagi performance wireless kad tuh. Sebab pc aku tak bleh nak start plak. Entah ape cekadak dia...

So tengah hari tadi aku g beli bateri cmos..... dengan harapan malam ni leh idop la pc aku tuh. Insya Allah.

Monday, February 2, 2009

Facebook & Kawan Cibu....

La ni dok rajin masuk facebook pulak. Saja ja cari kawan2 lama.... tapi stakat ni tak ramai lagi yang aku dapat cari. Minggu lepas ramai orang kat umah aku. Ayah mertua, mak mertua, ipar duai semua datang. Tapi sabtu lepas diorang semua dah balik dah. Seminggu riuh rendah rumah aku. Tapi la ni dah sunyi balik dah.

Ada pulak kucing baru yang datang ke rumah aku. Rasa aku umur dia dalam 2-3 bulan kot. Dok berkawan dengan kucing aku. Kucing aku tu (nama dia cibu) dah 9 bulan umur dia. Tapi yang tak sedap nyer kucing yang datang tu dok melantak makanan kucing aku. Sebab aku letak makanan kat luar. La ni aku dah start bagi makan kat dalam. Selamat la sket makanan kucing aku tu. Kalu tak asyik berebut ja nak makan.

Mulanya memang la nak niat sedekah ja kat kucing yg datang tu. Tapi pikir-pikir balik, nanti dia dok melekat kat rumah aku ja. So, aku tak layan sangat. Harap-harap nanti dia frust and blah lah. Tapi tak tau la bila.

Thursday, January 29, 2009

Apa nak tulih??

Hari ni lagi la haru.... Rasa tak dak mood nak keja lagi. Padahal keja dok tengah bertimbun nih. Dok pikiaq nak stat keja minggu depan saja. Iskh awat la rasa lagu ni tak tau. Tu yang tulih blog nih. Lagipun dok pikiaq macam mana nak cari side income. Kalu dapat dalam RM400-Rm500 sebulan kira ok jugak. Boleh lah wat tambah-tambah sket nak tukaq sport rim ka... upgrade kreta ka.. haha...

Wednesday, January 28, 2009

Try nak wat blog dalam bahse melayu plak... asyik guna bahse omputih jek....