- Di zaman yang penuh mencabar ini, semua orang sibuk memikirkan macam mana nak jadi kaya? Macam mana nak jana kewangan? Macam mana nak hidup senang? Dan macam-macam lagi persoalan yang melibatkan duit.
- Ramai antara rakan-rakan kita yang dulu hidupnya biasa-biasa saja, kini dah pun hidup senang. Ramai juga yang bergelar jutawan. Pelbagai cara yang dilakukan oleh mereka-mereka ini untuk mencapai cita-cita mereka. Ada yang berniaga, ada yang menceburi MLM. Dan macam-macam lagi kaedah yang digunakan untuk menjana pendapatan.
- Kalau kita masuk ke kedai buku, banyak kita dapat lihat buku-buku yang menghuraikan tentang perkara ini. Dan penulisnya pula memang terkenal dan terbukti dengan pencapaian mereka. Buku-buku mereka ini juga banyak memberikan inspirasi kepada individu-individu yang ingin mengubah kehidupan mereka dari biasa kepada sang satria.
- Ada yang bersikap optimis dan ada yang pesimis. "Alaa... korang kaya dah la... Aku biar sederhana, tapi bahagia". "Diorang kaya duit je, tapi hati susah." "Dia tu kaya kejap je, tak lama lagi bankrap lah." Ini lah antara cakap-cakap orang yang pesimis.
Bagi yang optimis pulak, "Kesian la kat diorang nih, apsal diorang tak nak ubah kehidupan diorang?". - Kita tentu pernah dengar "Orang yang berjaya, sentiasa cari jalan. Orang gagal sentiasa cari alasan". Banyak dalam buku-buku motivasi menggunakan pendekatan ini untuk memantapkan hujah-hujah mereka.
- Orang yang rajin tentu akan berjaya? Insya Allah. Ramai juga orang yang rajin, tetapi gagal dalam hidup mereka. Kerana pendekatan ataupun cara mereka mungkin tidak bertepatan dengan strategi mereka. Sebagai orang islam, kita wajib mengimani qada dan qadar , usaha serta tawakkal.
- Yang malas akan rugi? Biasanya begitu.
- Tiada jalan singkat untuk berjaya? Sebenarnya ada, asalkan bertepatan strategi dan cara-caranya. Dan juga sentiasa berada di dalam keredhaan Allah.
- Apa yang paling penting, hidup kita ini mesti ada hala-tuju yang jelas. Ada objektif dan tindakan yang boleh diukur hasilnya. Barulah kita boleh mengukur sejauh manakah pencapaian kita. Persekitaran juga banyak mempengaruhi tindakan-tindakan dan perancangan yang kita buat.
- Perancangan yang kemas, kukuh dan dinamik amat penting kerana perancangan yang kita buat tidak akan semestinya akan memberikan apa yang kita harapkan. Kadangkala kita perlu untuk menukar ke plan B, C dan sebagainya. Tetapi objektifnya tetap akan sama.
- Apa-apa yang kita lakukan, sentiasalah berfikiran optimis dan semoga kita berada dalam keredhaan-Nya. Hidup kita takkan berakhir sekadar di atas dunia. Tetapi akan berkesinambungan kesannya hingga ke hari akhirat.
Wednesday, November 4, 2009
Kehidupan ini, untuk apa?
Monday, November 2, 2009
Sejarah pasti berulang...
Sejarah pasti berulang... itulah yg berlaku pada Dr Mohd Asri. Sepertimana ulama-ulama besar yang terdahulu. Seringkali mereka ini difitnah, dipenjarakan dan dikecam semata-mata kerana mereka ini membawa bentuk pemikiran yang tidak disenangi oleh agen-agen politik yang memiliki kuasa pemerintahan.
Hari ini, 2 Nov 2009, Dr Mohd Asri telah diperintahkan untuk hadir di mahkamah untuk diperdengarkan pertuduhan ke atas beliau kerana mengadakan kuliah tanpa memiliki tauliah yg sah dari kerajaan negeri selangor. Ini adalah rentetan dari peristiwa semalam apabila beliau telah ditahan dan diambil keterangan oleh pihak JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor).
Apa nak jadi dengan puak-puak politik nih? Di ambang kita sebagai negara islam hendak menuju misi mengembalikan kegemilangan islam di dunia, ada pihak-pihak yang barangkali mungkin agak tersekat agenda mereka hanya kerana terdapat segelintir hamba Allah yang mahu menegakkan kebenaran dalam islam.
Perselisihan kononnya wujudnya kaum tua dan kaum muda sudah lama diperkatakan. Hatta, Prof Hamka pun suatu masa dahulu pernah dilabelkan sebagai kaum muda dan berpahaman wahabi.
Alasan yang sering kita dengar ialah kerana pahaman wahabi ini akan memecahbelahkan umat islam di negara ini. Lebih berat lagi ada yang begitu mudah mengatakan wahabi ini sesat.
Sama keadaannya seperti yang berlaku diantara PAS dan UMNO. Saling kafir mengkafirkan antara satu sama lain. Atas alasan perbezaan ideologi dan pendapat. Keempat-empat mazhab yang muktabar pun tidak ada kafir-mengkafirkan atau sesat-menyesatkan antara satu dengan yang lain. Walaupun banyak perbezaan pendapat diantara mereka. Namun pendapat-pendapat mereka sering dijadikan hujah apabila hendak menyelesaikan permasalahan yang timbul dalam dunia islam.
Wahabi ini pahaman baru? Dari manakah sumber-sumber ilmu yang dijadikan sandaran untuk mereka berhujah sehingga dilabelkan sesat. Ada yang lebih berat lagi melabelkan mereka sebagai terkeluar dari ahlu-sunnah-wal-jamaah. Adakah mereka ini mengutarakan hadis-hadis baru yang bukannya dari Rasulullah? Adakah mereka ini mengada-adakan sunnah baru selain dari sunnah Rasulullah? Adakah mereka ini mengambil nukilan-nukilan ilmu yang bukan dari empat mazhab yang muktabar?
Gerakkanlah minda dan usaha kita untuk menjawab persoalan-persoalan yang diutarakan tadi. Semoga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah dalam menjalani liku-liku kehidupan sebagai hamba Allah yang diredhai-Nya.

Monday, October 19, 2009
Formula 1.... world champion for 2009
Bersengkang mata aku tengok formula 1 (Brazil) semalam sampai pukul 2 pagi. Sebabkan nak tengok siapa yang dapat world championship title. Akhirnya, semua terjawab. Jenson Button yang dinobatkan sebagai penyandang gelaran tersebut. Alahai... melepaslah Barrichello..
Monday, September 28, 2009
Selamat Aidilfitri...
Hari ni dah masuk hari ke-9 dalam bulan syawal. Aku pun dah start keja hari nih. Cibu pun dah balik rumah setelah 10 hari kat hostel. Tapi rasanya raya tahun nih macam ada kurang meriah sikit. Mungkin sebab ada saudara mara yang terdekat dah pun tak dak. Kawan-kawan lama pun dah susah nak jumpa. Jadi, raya tahun ni boleh lah dikatakan raya antara saudara mara terdekat saja.
Persediaan raya pun biasa-biasa saja. Alhamdulillah, raya tetap raya. Kad raya pulak hampir-hampir tak dak langsung. Kebanyakan nya dok kirim kad raya melalui facebook saja. Paling banyak aku terima ucapan raya sms.
Inilah perubahan zaman yang aku dapat saksikan. Sedikit demi sedikit, keadaan dah pun merubah perjalanan kehidupan kita. Zakat fitrah pun tahun ni aku bayaq melalui internet banking. Ada orang tanya, macam mana akad semua tu? Aku pun susah nak jawab. Jawapan yang paling senang ialah, majlis fatwa kata boleh, aku ikut saja lah.
Setelah seminggu bercuti, kena lah start semula keja. Yang mana keja yang tak siap, kenalah siapkan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri... maaf zahir & batin.

Thursday, July 9, 2009
Wind Chime
Aku tak tahu apa nak sebut bende alah ni dalam bahasa melayu. Dari kecik lagi aku memang nak sangat benda ni. Tapi tak kesampaian hajat aku tu. Kebetulan aku ada pegi jalan-jalan kat The Mines, Seri Kembangan. Masuk jek satu kedai gift tu. Aku tengok macam-macam benda yang menarik perhatian aku. Terutamanya 'wind chime' ni lah.
Sebenarnya ada banyak jenis wind chime nih. Ada yang dari kayu, buluh dan macam-macam lagi lah. Dan yang paling terkenal, daripada aluminium seperti yang dalam gambar tu. Paling best dengar wind chime tu bunyi bila ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Rasa tenang jek.
Ada lagi beberapa benda yang aku nak beli... Tapi sikit-sikit lah.
Friday, July 3, 2009
Mikaeel a.k.a Micheal Jackson
Segala keraguan ku selama ini samada Micheal Jackson muslim atau tidak telahpun terjawab dengan begitu jelas sekali. Kedengaran jenazah beliau akan dikebumikan secara islam membuatkan hatiku begitu tersentuh sekali.
Siapa pernah menyangka. Seorang insan yang begitu gah di persada seni dunia. Hinggakan dia digelar sebagai King of Pop. Status yang sebegitu membuatkan beliau seperti Elvis Presley (King of Rock 'n' Roll). Mungkin sukar untuk mencari pengganti untuk gelaran yang sebegitu selepas ini.
Terdetik juga di hatiku ini betapa bertuahnya Mikaeel. Sempat menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai muslim. Betapa bangganya aku. King of Pop yang aku kenali sejak aku kecil ni adalah seorang muslim.
Mengimbau kenangan aku masa lalu. Lagu-lagu beliau sering aku tunggu-tunggu kemunculannya di tv ataupun radio. Maklumlah, dulu mana ada internet, cd, mp3 semua tu. Lagu 'Beat-It' adalah lagu yang paling aku minati hingga lah ke hari ini.
Semoga ruh Mikaeel ditempatkan di kalangan insan yang mendapat kemuliaan dari Allah yang Maha Esa. Al-Fatihah.....

Wednesday, June 10, 2009
Happy Besday !!!!
AHAD, 7th Jun 2009 - Harijadi bonda tercinta yang ke-63. Tapi aku kat Selangor. Tak sempat la nak balik Kedah. Alhamdulillah abang-abang aku ada kat rumah. So sempat lah depa semua celebrate besday bonda kat sana.
Untuk insan yang bernama Aminah Bt Hasim, anakanda ucapkan Selamat Hari Lahir... semoga bonda sihat, panjang umur dan dilimpahi rezeki dari yang Maha Esa...

Subscribe to:
Posts (Atom)