Saturday, February 21, 2009

Dilema boikot memboikot.....

Boikot barangan yahudi. Itulah kempen yang paling kerap kita dengar kebelakangan ni. Ini adalah sebahagian daripada bantahan kita terhadap keganasan yang mereka lakukan terhadap saudara-saudara kita di Palestine.

Aku pun nak tak nak, perlulah prihatin dengan perkembangan semasa. Yang mana kita boleh bantu tu, kita bantu lah. Di samping derma dalam bentuk kewangan, boikot ni salah satu la sumbangan aku untuk membantu saudara kita di Palestine.

Dulu, aku selalu la jugak pi makan kat KFC dengan McD. Tapi sekarang ni, dah depa di masukkan dalam list yang kena boikot. Aku pun tak pi dah la. Lepas tu timbul pulak isu orang-orang kita yang kata kesian la pulak kat orang seagama & sebangsa kita yang kerja kat sana.

Tapi apa kan daya. Pepatah orang tua kata "Luah mati mak, telan mati bapak". Tu orang tua-tua melayu yang kata. Tapi kita ikutlah agama. Itu lah yang paling utama. Kekadang tu terpikir jugak. Macam mana nak bantu diorang yang kerja kat tempat-tempat yang kena black list tu?

Kerana dibimbangi, pergerakan-pergerakan yang tidak suka kepada Islam akan mengambil kesempatan dalam isu ini untuk menarik orang-orang islam kita yang dalam keadaan terdesak ini ke dalam perangkap mereka.

Walaupun kita nampak isu Palestine semakin meruncing. Tapi kita jangan lah lupa akan keadaan negara kita. Saudara-saudara seagama kita kat sini pun wajib kita bantu. Boikot tu boikot la jugak, tapi kalau boleh tu sama-sama lah kita cari alternatif / penyelesaian untuk bantu saudara kita kat sini (Malaysia).

No comments:

Post a Comment