Friday, July 3, 2009

Mikaeel a.k.a Micheal Jackson

Segala keraguan ku selama ini samada Micheal Jackson muslim atau tidak telahpun terjawab dengan begitu jelas sekali. Kedengaran jenazah beliau akan dikebumikan secara islam membuatkan hatiku begitu tersentuh sekali.

Siapa pernah menyangka. Seorang insan yang begitu gah di persada seni dunia. Hinggakan dia digelar sebagai King of Pop. Status yang sebegitu membuatkan beliau seperti Elvis Presley (King of Rock 'n' Roll). Mungkin sukar untuk mencari pengganti untuk gelaran yang sebegitu selepas ini.

Terdetik juga di hatiku ini betapa bertuahnya Mikaeel. Sempat menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai muslim. Betapa bangganya aku. King of Pop yang aku kenali sejak aku kecil ni adalah seorang muslim.

Mengimbau kenangan aku masa lalu. Lagu-lagu beliau sering aku tunggu-tunggu kemunculannya di tv ataupun radio. Maklumlah, dulu mana ada internet, cd, mp3 semua tu. Lagu 'Beat-It' adalah lagu yang paling aku minati hingga lah ke hari ini.

Semoga ruh Mikaeel ditempatkan di kalangan insan yang mendapat kemuliaan dari Allah yang Maha Esa. Al-Fatihah.....

No comments:

Post a Comment