Wednesday, December 15, 2010

Jam dah OK.... Alhamdulillah..

Semalam masa on the way balik dari keja kat Klang. Dapat call dari City Chain (Tmn Equine). Bagitau yang jam aku dah siap. Sebenarnya hantar repair jam tu bulan Julai 2010 hari tu. Sebab tak jalan. Sebab kan dalam warranty lagi. Kena la guna warranty tu.

So far alhamdulillah semua dah ok. Lagipun jam ni my wife yang hadiahkan masa birthday yang lepas. So its very precious jugak la.


Wednesday, September 29, 2010

Di manakah mereka..?..

Hari ni dah 20 syawal 1431H. Dah 20 hari Ramadhan meninggalkan kita. Sedih di hati masih lagi terasa bila terkenangkan Ramadhan yang lepas. Masjid-masjid dan surau-surau dah mula kembali macam jemaah yang dulu. Entah ke mana perginya jemaah yang dulunya ramai sekali di bulan Ramadhan.

Aku masih ingat lagi pada Ramadhan yang lepas, surau dekat dengan rumah aku tu, berderet-deret kereta para jemaah yang parking. Terdetik jugak di hati aku, dari mana datang orang yang ramai-ramai tiba-tiba nih? Namun aku bersyukur dan berdoa, agar keadaan ini berterusan juga pada bulan-bulan yang akan datang.

Begitu juga dengan jemaah di masjid. Jikalau pada Ramadhan yang lepas, aku sering kena parking luar kerana jemaah terlalu ramai. Satu kereta sampai 4-5 orang penumpang. Hinggakan pentadbiran masjid bertungkus-lumus untuk menyediakan kemudahan-kemudahan untuk menampung keselesaan jemaah yang ramai. Sekarang ni parking kereta dah kosong.

Waktu subuh pada Ramadhan yang lepas, penuh dengan jemaah yang hadir. Kuliah subuh pun penuh dengan orang. Kini kuliah subuh hanya tinggal para jemaah yang biasa hadir sahaja. Itu pun boleh kira dengan jari.

Begitu juga dengan kuliah-kuliah ilmu di waktu yang lain. Terutamanya kuliah maghrib. Tiada lagi jemaah yang ramai seperti di bulan Ramadhan.

Terdetik juga dalam hati. Mana perginya jemaah yang dulu begitu ramai? Tiba-tiba menghilang. Misteri kehilangan jemaah amat susah untuk difahami. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Diri aku cuba untuk menjawabnya :-

1) Mungkin mereka sibuk.
2) Mungkin mereka ada urusan penting yang perlu diselesaikan.
3) Mungkin mereka ada halangan-halangan lain yang perlu diatasi.
4) Allah yang Maha Mengetahui.

Masjid dan surau yang begitu selesa. Masuk surau pun tak perlu satu sen pun bayaran. Hanya sedekah ikhlas yang diharapkan. Sedangkan pawagam-pawagam, konsert-konsert (AF dan sebagainya) penuh dengan manusia. Terutamanya saudara kita se-Islam.

Di hati aku kadangkala merasa sedikit gerun. Apakah yang akan aku jawab di hadapan Allah nanti jika Allah bertanyakan kepada aku, Apakah yang aku telah buat untuk mengajak manusia memakmurkan rumah-rumah Allah? Tiada jawapan yang mampu aku fikirkan. Mudah-mudahan Allah mengampuni diriku yang kerdil ini.

Mungkin itulah kehebatan bulan Ramadhan. Yang mana manusia beroleh kekuatan untuk beribadah kepada Allah. Dalam apa jua situasi.

Semoga Allah memberikan kita semua kekuatan untuk bermujahadah dalam beribadat kepada-Nya. Amin...Insya Allah..


Monday, September 20, 2010

Hanya kepada Allah tempat aku mengadu

Dulu mak ceria, senang dibawa berbicara.
Senyuman mak menenangkan minda, mententeramkan jiwa.
Masakan-masakan mak,
laksana chef terhebat di dunia.
Nasihat-nasihat mak ibarat pembakar semangat
agar sentiasa membara

Dulu mak lah yang paling kuat,
Ajak mak jalan ke sana ke sini, ok aje....
Bila nak pi, Mak kata kalau tak ikut pi, rugi lah

Mencabut rambut mak tanpa kebenaran pun aku tak berani
Kerana tinggi nya martabat insan bergelar ibu
Tapi, 16hb Ogos 2010,
Ada tangan celaka lagi berdosa,
Tubuh mak rebah ke bumi, hanya kerana seutas beg tangan
Hancur remuk hati aku melihat mak diperlakukan begitu
Lebam-lebam di tangan dan lutut mak,
Ibarat patahnya tangan dan kaki aku
Tak mampu aku berkata-kata
Hanya hati yang mampu menangis
Air mata mengalir mengadu pada Allah yang Maha Esa
Semoga mak sentiasa berada dalam reda-Nya

Kini kesihatan mak makin merosot,
Ingatan mak semakin layu,
Mak dah tak macam dulu,
Badan mak dah semakin lesu
Hanya kepada Allah tempat aku mengadu

Ya Allah, kurniakanlah kesihatan pada Ibuku
Permudahkanlah urusanku dalam berbakti pada Ibuku
Tabahkan lah hati ku Ya Allah dalam menempuhi takdir-Mu
Pasti ada hikmah di sebalik semua ini
Ujian-Mu bagi menguji keimanan hamba-Mu
Syukur pada-Mu Ya Allah
Kerana aku di pilih oleh Mu
Untuk berbakti pada Ibu ku
Hanya kepada-Mu lah Ya Allah,
Tempat aku mengadu...







Saturday, August 21, 2010

11 Ramadhan 1431H

Alhamdulillah hari ni dah masuk 11 Ramadhan. Syukur pada Allah Ta'ala yang masih mengizinkan diri ini untuk meneruskan kehidupan sehingga ke saat ini. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Sollallahu 'Alaihi Wasallam.

Sayu nya mengenangkan detik-detik Ramadhan yang telah berlalu. Samada kita sedar atau tidak, setiap saat yang telah meninggalkan kita, itu lah yang akan menentukan samada kita mendapat pahala/ganjaran ataupun dosa di sisi Allah. Mudah-mudahan kita berdoa agar Allah merahmati kita semua dan mendapat balasan yang baik di bulan Ramadhan yang mulia ini. Insya Allah.

10 hari Ramadhan yang penuh dengan keberkatan telah berlalu. Masih berbaki lagi 20 hari untuk kita merebut peluang yang diberikan kepada kita pada kali ini. Sesungguhnya hari-hari yang mendatang bukannya milik kita. Jadi janganlah kita berangan-angan untuk kita beramal dengan lebih cemerlang pada Ramadhan pada tahun hadapan. Sebaliknya lakukanlah sekarang. Tuntutlah ilmu sebanyak yang mungkin agar kita dapat memperbaiki amal ibadat kita.

Terutamanya ilmu berkenaan dengan bersuci dan solat. Janganlah kita hanya bersuci dan solat dengan ilmu yang hanya kita belajar semasa di sekolah rendah dahulu sahaja. Tanpa kita mengetahui dalil-dalil, nas serta hadis-hadis berkenaan dengan bersuci dan solat. Mudah-mudahan Allah mempermudahkan kita untuk menuntut ilmu.

Thursday, August 12, 2010

Ramadhan Al-Mubarak

Di kesempatan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Gunakanlan kesempatan yang dikurniakan Allah Taala ini untuk merebut ganjaran pahala sebaik mungkin.

Selamat beribadah sempena Ramadhan Al-Mubarak ini.

Sunday, July 25, 2010

Ceramah Israk Mikraj oleh Ustaz Muhammad.

Jumaat 23, Julai 2010 - Alhamdulillah, hari ini aku berkesempatan untuk hadir kuliah maghrib yang diadakan oleh Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin yang diadakan di Dewan Solat Masjid Kinrara, Bandar Kinrara. Malam ini Ustaz Muhammad berceramah berkenaan dengan Isra dan Mikraj. Sepertimana yang diketahui umum, Ustaz Muhammad sering menggunakan sistem audio yang dapat menarik perhatian orang ramai.

Ditambah lagi dengan teknik ceramah beliau yang diselang-seli dengan adunan audio visual yang menarik dan isi kandungan ringkas serta padat.

Kuliah beliau dimulakan dengan menghuraikan tafsir ayat 1 dari surah al-Isra. Antara kandungan tafsiran tersebut ialah:

(Peristiwa Israk dan Mikraj ini berlaku pada tahun ke-10 Hijri.)

1. "'abdihi" - bermaksud Hamba-Nya. Nabi Muhammad (S.A.W) diperjalankan (di-israk kan) dengan pangkat Hamba Allah yang paling tinggi kedudukannya di sisi Allah.

2. "lailan" - bermaksud malam. Baginda di-israk kan pada waktu malam adalah disebabkan untuk memelihara perkara-perkara yang ghaib.

3. Perjalanan baginda adalah dengan menaiki kenderaan "buraq" dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Jurusalem, Palestin.

4. Diberkati pada malam tersebut dan sekelilingnya. Terutamanya di Masjidil Aqsa yang mempunyai keistimewaan yang diantaranya ialah:
  • Terdapat banyak maqam para anbiya Allah.
  • Tempat persemadian para syuhada hingga ke hari qiamat.
5. Semasa baginda di Mikraj kan, Allah memperlihatkan baginda dengan kekuasaan Allah. Baginda diperlihatkan dengan balasan baik dan buruk. Azab neraka dan nikmat syurga.

6. Baginda juga dipertemukan dengan para anbiya pilihan Allah di setiap lapisan langit (7 lapisan) yang baginda tempuhi.

7. Menerima watikah solat secara terus dari Allah Taala.

Ustaz Muhammad juga menerangkan berkaitan dengan pengalaman-pengalaman beliau semasa ziarah beliau di Masjid Al-Aqsa. Terutamanya tempat yang dikenali sebagai batu tergantung di mana Baginda di Mikraj kan. Untuk pengetahuan kita, Masjid Al-Aqsa telah dibina oleh Nabi Sulaiman Alaihissalaam.

Sebelum subuh, Nabi Muhammand (S.A.W) di hantar pulang kembali ke Makkah. Dan pada pagi tersebut, baginda menceritakan kisah Israk dan Mikraj tersebut pada penduduk Makkah. Terdapat 3 golongan yang datang mendengar :

  1. Musyrikin Makkah
  2. Ahli Kitab
  3. Muslimin Makkah
Musyrikin Makkah mencela Nabi Muhammad S.A.W sebagai penipu dan ahli sihir . Manakala para muslimin Makkah berasa amat sedih menyaksikan Nabi Muhammad diperlakukan oleh Musyrikin Makkah.

Pada mulanya ahli kitab meragui kebenaran peristiwa Israk dan Mikraj tersebut. Sehinggalah mereka mengemukakan soalan cabaran kepada Nabi Muhammad S.A.W mengenai Masjid Al-Aqsa. Kerana para ahli kitab amat biasa dengan Masjid Al-Aqsa. Dan Nabi Muhammad S.A.W menceritakan secara terperinci berkenaan masjid tersebut. Lalu mereka menangis mendengar kebenaran perkataan Nabi seraya beriman dan mengucapkan kalimah syahadah.

Akhir sekali, Ustaz Muhammad memperingatkan para hadirin agar sentiasa berselawat dan menyanjung tinggi perjuangan yang telah Baginda lakukan untuk kita semua dalam menyebarkan syiar Islam.

Ini lah antara isi kandungan ceramah Israk Mikraj yang telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad. Ceramah beliau amat tersusun dan teratur. Penyampaian yang jelas dan menusuk dalam hati nurani. Di sokong pula oleh aplikasi multimedia yang menyegarkan para hadirin sepanjang ceramah tersebut berlangsung.

Tahniah diucapkan kepada Ustaz Muhammad dan krew beliau. Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada beliau dalam usaha beliau meninggikan martabat agama Islam yang maha benar ini. Sekian. Wassalam.

Friday, June 18, 2010

Email dari Si Penipu...



Sekarang ni macam-macam orang buat kalau nak menipu. Pagi tadi aku dapat satu emel dari konon-kononnya "Maybank 2U". Dalam emel tu, dia kata akaun aku kene blok. Jadi, aku kena la buat password baru.

Yang paling kelakarnya. Aku ni mana la ada akaun Maybank. Aku rasa ramai orang yang terkena dengan taktik si penipu nih. Semoga Allah melindungi kita semua dari kejahatan mereka-mereka yang tidak takutkan azab Allah ini.

Untuk perhatian semua, JANGAN sekali-kali anda tertipu dengan taktik menipu yang sebegini. Pihak bank tidak akan menghantar sebarang email untuk pertukaran kata-laluan kepada pelanggan mereka.

Sekiranya anda menerima emel sebegini dan anda adalah pelanggan kepada Maybank 2U, sila buat pengesahan dengan bank terbabit melalui nombor telefon khidmat pelanggan mereka. Pastikan anda dapatkan maklumat dari laman-laman web yang benar sahaja.

Wednesday, June 16, 2010

Barang Lama-lama...

Aku ni boleh dikatakan orang yang agak cermat orangnya. Maksud aku, cermat pada menjaga barang-barang yang aku miliki. Selagi barang tu aku boleh guna, aku akan jaga barang tu sebaik mungkin.



Walkman ni berjenama Sony. Aku beli pada tahun 1997. Waktu tu aku masih menuntut di UTM, Skudai. Tapi aku beli di Sungai Petani. Harga dia aku dah tak ingat. Sampai sekarang ni, walkman tu still boleh digunakan lagi. Cuma, kaset dah tak berfungsi. Tapi setakat nak dengar radio tu, boleh lagi. Tapi kena search channel manually lah. Maknanya dah 13 tahun usia walkman aku tu.

Satu lagi ialah jam tangan aku. Jam tangan aku ni adalah pemberian daripada Pak Long aku. Waktu tu tahun 1995 masa aku di tingkatan 4, Sekolah Menengah Teknik Alor Setar (SMTAS).



Sampai sekarang ni dah 15 tahun aku pakai jam ni. Alhamdulillah, masih lagi dalam keadaan baik.

Tetapi kita sebagai manusia, kita harus ingat bahawa tiada apa yang akan kekal di dunia. Yang hidup, pasti akan mati. Aku teringat satu ayat Al-Quran yang bermaksud

"(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar." - Al-Quran (Surah Al-Kahfi, Ayat 98)

Di sini, kita dapat memerhatikan bagaimana Zulkarnain membina satu tembok untuk melindungi satu kaum daripada kaum Yakjut dan Makjut. Dan Zulkarnain pun mengingatkan kita bahawa binaan tersebut pun akan musnah satu hari nanti, bila sampai masanya.

Begitulah dengan semua benda yang ada di muka bumi ini. Tak semuanya akan kekal. Satu hari nanti pasti akan binasa. Kecuali dengan izin Allah.

Mudah-mudahan, kita mendapat iktibar dari ayat surah Al-Kahfi tersebut. Dan mudah-mudahan Allah memberi keizinan-Nya untuk aku terus menjaga barang-barang yang ada pada ku ini dengan sebaik mungkin.

Friday, June 11, 2010

Piala Dunia 2010

Jam dah pukul 10pm. Piala Dunia 2010 baru saja start. Aku masih lagi menggoreng pisang tanduk yang diambil dari Pontian. Harap-harap tak miss lah kick-off untuk piala dunia kali nih. Perlawanan pertama malam ni adalah di antara Republic of South Africa dengan Mexico.

Tapi pasai apa bunyik macam lebah daaa.. Aku pun tak tau instrumen apa yang penyokong depa ni pakai. Ataupun something wrong dengan live telecast yang depa buat. Astro pun sama, TV1 pun sama.

Sebenarnya, aku ni bukannya kaki bola pun. Tengok bola pun sekali-sekala. Itu pun kalu tertengok. Tapi tiap-tiap kali world cup, rasa memang best sangat. Aku kalau boleh tak tinggal lah match yang sempat untuk di tonton. Dulu-dulu masa belom ada astro kat rumah. Sanggup pukul 2-3 pagi pi melepak kat kedai mamak sebab world cup punya pasai. Tahun 2010 ni, Piala Dunia diadakan di negara Afrika Selatan.

Pada aku, ini lah masanya kita boleh tengok semua player terbaik dunia beraksi untuk mewakili negara diorang.

Seperti biasa, pasukan dari benua afrika menjadi pilihan aku. Tapi tahun ni spesial sket sebab ada Korea Utara, Korea Selatan dan Jepun yang menjadi harapan Asia untuk meneruskan perjuangan di Piala Dunia 2010. Harap-harap diorang mempunyai semangat juang yang tinggi untuk mencapai kemenangan.

Insya Allah, kalau ada kesempatan, aku memang akan tengok semua match. Insya Allah. Nampak gayanya, lepas ni kena lah adjust sket waktu tidur. Sebab match ada yang start pukul 10pm. Pastu pukul 2.30am ada lagi match.

Kadang-kadang tu terpikir jugak. Kalaulah pasukan Malaysia masuk Piala Dunia, aku rasa lagi la kita rakyat Malaysia ni excited nak tengok Piala Dunia.

Tuesday, June 8, 2010

Cincin 'black onyx'...


Hujung minggu lepas, pegi breakfast kat FAMA (Mardi), Serdang. Saja teringat nak makan nasi lemak dengan ayam goreng tepung. Tapi kedai nasi lemak tu tak jumpa pulak. Memang kedai tu dah tak berniaga kat situ kot.

Masa berjalan balik tu, terserempak dengan satu kedai yang menjual cincin yang ada batu. Batu cincin la. Bukan batu-bata. Aku pun berkenan lah dengan satu cincin tu. Harga dia RM35. Pada aku design dia ok la jugak. Sebab dah lama aku tercari-cari cincin yang ada batu macam tu. Pakcik tu cakap tu batu 'black onyx'. Aku pun tak tau la orang melayu panggil 'onyx' tu batu apa.

Ni la bentuk cincin yang aku beli. Yang hitam tu batu 'black onyx' tu.

Pada aku, aku tak la tekankan sangat khasiat tertentu yang orang selalu cakap tu. Sesetengahnya, diorang memang percaya yang batu-batu tertentu mempunyai khasiat tertentu. Sebab sesuatu itu tiada mendatangkan mudhorat ataupun manfaat melainkan dengan izin Allah.

Cuma aku berkenan saja kat cincin batu 'onyx' nih. Tapi tak tahu lah ini 'onyx' original ke ataupun sintetik.



Ni lagi gambar cincin tu. Pada aku, dari segi rekabentuk dia, memang menarik.



Pandangan sisi dari arah lain pulak.

Wednesday, June 2, 2010

Muhasabah Diri

Hari ni, semua berita tertumpu kepada misi menyelamat Ghazza di Palestin. Seperti biasa, reaksi masyarakat islam di seluruh dunia telah dapat dijangkakan. Tunjuk perasaan anti-israel dan anti-amerika diadakan di kedutaan-kedutaan yang terlibat.


Semoga Allah memberikan kita kemenangan dalam menentang israel laknatullah ini. Insya Allah. Pada mereka yang menyertai misi bantuan ke Ghazza, kita doakan kejayaan untuk mereka.

Walau seganas mana pun tindakan israel yang kita dapat saksikan. Dunia hanya mampu mengutuk serangan yang dilakukan. Tiada tindakan yang dapat diambil oleh sekutu kuat Amerika ini. Andaikata serangan itu dilakukan oleh sesebuah pertubuhan yang ada kaitan dengan islam. Sudah pasti akan di canangkan bahawa KEGANASAN yang berlaku oleh PENGGANAS.

Inilah yang terpaksa dihadapi oleh umat islam masa kini. Satu rancangan yang dirancang rapi oleh masyarakat kafir laknatullah untuk menjahanamkan umat islam.

Itu di pihak mereka (kafir laknatullah). Di pihak umat islam pula, lebih parah lagi apabila kita terpaksa berhadapan dengan lebih banyak rintangan. Perbalahan antara umat islam lebih parah untuk diselesaikan. Semoga Allah memberi kemenangan kepada kita untuk bersatu-padu dalam menegakkan agama Islam yang maha benar ini.

Wahai saudaraku, jangan lah kita menyangka bahawa apa yang berlaku di Palestin ini hanya lah sekadar satu episod terasing. Jadikan lah ia sebagai satu peringatan dari Allah supaya kita dapat mengambil iktibar bahawa mungkin satu hari nanti, kita (umat islam Malaysia) juga mungkin akan menerima nasib yang sama.

Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri. Agar kita mendapat keredhaan-Nya dan mudah-mudahan kita selamat di dunia dan akhirat. Insya Allah.

Wednesday, February 24, 2010

Tak patut... tak patut....

Semalam aku sempat membaca blog yg ditulis oleh Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin. Sedih jugak bila memikirkan bila Ustaz yang dikenali ramai macam ni pun kene 'sound' sampai macam tu. Apatah lagi bila mengenangkan orang susah yang betul-betul memerlukan bantuan.

Tak dinafikan, ada yang mengambil kesempatan untuk menipu dan sebagai nya. Tapi apa yang aku nak tekan kan disini ialah cara pegawai tu mengendalikan masalah ni. Semoga Allah memberi petunjuk kepada pegawai tu supaya dia lebih professional lepas nih.