Saturday, February 21, 2009

Dilema boikot memboikot.....

Boikot barangan yahudi. Itulah kempen yang paling kerap kita dengar kebelakangan ni. Ini adalah sebahagian daripada bantahan kita terhadap keganasan yang mereka lakukan terhadap saudara-saudara kita di Palestine.

Aku pun nak tak nak, perlulah prihatin dengan perkembangan semasa. Yang mana kita boleh bantu tu, kita bantu lah. Di samping derma dalam bentuk kewangan, boikot ni salah satu la sumbangan aku untuk membantu saudara kita di Palestine.

Dulu, aku selalu la jugak pi makan kat KFC dengan McD. Tapi sekarang ni, dah depa di masukkan dalam list yang kena boikot. Aku pun tak pi dah la. Lepas tu timbul pulak isu orang-orang kita yang kata kesian la pulak kat orang seagama & sebangsa kita yang kerja kat sana.

Tapi apa kan daya. Pepatah orang tua kata "Luah mati mak, telan mati bapak". Tu orang tua-tua melayu yang kata. Tapi kita ikutlah agama. Itu lah yang paling utama. Kekadang tu terpikir jugak. Macam mana nak bantu diorang yang kerja kat tempat-tempat yang kena black list tu?

Kerana dibimbangi, pergerakan-pergerakan yang tidak suka kepada Islam akan mengambil kesempatan dalam isu ini untuk menarik orang-orang islam kita yang dalam keadaan terdesak ini ke dalam perangkap mereka.

Walaupun kita nampak isu Palestine semakin meruncing. Tapi kita jangan lah lupa akan keadaan negara kita. Saudara-saudara seagama kita kat sini pun wajib kita bantu. Boikot tu boikot la jugak, tapi kalau boleh tu sama-sama lah kita cari alternatif / penyelesaian untuk bantu saudara kita kat sini (Malaysia).

Sunday, February 15, 2009

Lagu untuk Ghozza....

Aku tak tau sapa dia ni Micheal Heart (http://www.michaelheart.com). Tiba-tiba nama dia naik mendadak selepas dia keluar dengan lagu We Will Not Go Down (http://www.michaelheart.com/sfg/downloads/a22685d/dl65.php?file=we_will_not_go_down.mp3). Kat youtube pun ada (http://www.youtube.com/watch?v=5GQrJndpbzc)

Apa pun lagu ni mengisahkan ketabahan pejuang Palestine dalam mempertahanakan Ghazza... Tapi tak tau la pulak si Micheal Heart ni dari mana asal usul dia. Lagu ni pun selalu keluar kat IKIM.fm.



Yusuf Islam pun ada cipta lagu untuk palestine. Tajuk lagu tu "Yusuf Islam & Klaus - The Day The World Gets Round" (http://www.youtube.com/watch?v=7shhoE10Bos)....

Tuesday, February 10, 2009

Taekwondo - WTF

Ahad lepas aku gi ziarah anak sedara aku kat Sg. Buloh. Yang sulung tu minat sangat nak join taekwondo. So ayah dia anta la dia gi register petang tu. Aku pun ada sekali. Ramai gak budak-budak yang join. Yang paling kecik, umur dia 5 tahun. Bukan main lagi dia berkuntau kat situ.

Anak sedara aku yang nombor dua tu plak, memang minat nak masuk.. Tapi malu-malu plak dia. Nak soh register nama pun tak mau. Bila tengok diorang training, tingat plak masa aku sekolah menengah (Sekolah Menengah Khir Johari @ Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari) dulu.

Masa tu aku tingkatan 2. Saje nak join taekwondo. Aku dengan member aku pun pi la register. Kat situ la kenal ramai kawan. Choo Poh Liang, Thirupathy, Danesh.. hmm... ada 2-3 orang lagi yang aku dah tak ingat nama diorang.

Coach aku tu nama dia K.Saravanan. Masa tu coach aku tu femes gak. Sebab dia tu wakil malaysia kat sukan sea manila... siap dapat pingat emas lagi.

Sempat jugak la aku masuk tournament sekali tu. Masa tu kat UUM, Sintok Kedah. Dapat la merasa pingat gangsa. Tu pun menang nasib.. hahaha.... teruk gak aku kene blasah...

Time grading, aku ngan kawan aku (amirul a.k.a Un) pi sama-sama. Kami naik basikal saja pi Chinese Hall kat Pekan Lama, Sungai Petani.

Pendek kata, kalau ada training ka apa ka... kami dua pi la sama-sama. Sampai la aku dapat tali pinggang biru. Lepas tu aku pun pindah sekolah (Sekolah Menengah Teknik Alor Setar, Lebuhraya Sultan Abdul Halim). Pastu terus stop sampai la sekarang nih....

Friday, February 6, 2009

Penyakit Berjangkit...

Berjangkit?!! Itulah yang berlaku kat satu lagi desktop pc aku. First time aku run, ok... second time.. satu lagi desktop aku pun kong macam yang desktop aku yang satu lagi tu. Masalahnya on jek suis, terus power sume masuk. Pastu halt.... bunyik ape pun tak dak. Kalu ade bunyik ke ape ke boleh la jugak aku troubleshoot. Monitor pun tak masuk power... CPU fan sume jalan. Iskh.. pening aku pikir.

Nampak gayanya tergundala lah plan aku minggu nih. Sabor ajer lah sementara aku mencari penyelesaian bagi masalah aku nih.

Wednesday, February 4, 2009

komputer kuno....

Desktop pc aku tak bleh idop plak. Maklumlah, pc lama.. dia nyer speed 266MHz je. Memory 256M.. Setakat ni no problem sebab guna windows 98. So, aku plan nak gunakan pc tu untuk download torrent jek. Semalam aku gi beli wireless kad yang pci nyer.

Mulanya nak pakai yang branded... chewaahhh... aku carik la yang dlink. Sekali harga dia mahal. Lari bajet aku. Dalam RM78-98. Ikot kedai la.... Last-last aku terpandang ada satu brand nih.. Tenda.. made in china... hua hua hua... RM55 jek. Apa lagi, aku terus sebat. Tapi aku tak test lagi performance wireless kad tuh. Sebab pc aku tak bleh nak start plak. Entah ape cekadak dia...

So tengah hari tadi aku g beli bateri cmos..... dengan harapan malam ni leh idop la pc aku tuh. Insya Allah.

Monday, February 2, 2009

Facebook & Kawan Cibu....

La ni dok rajin masuk facebook pulak. Saja ja cari kawan2 lama.... tapi stakat ni tak ramai lagi yang aku dapat cari. Minggu lepas ramai orang kat umah aku. Ayah mertua, mak mertua, ipar duai semua datang. Tapi sabtu lepas diorang semua dah balik dah. Seminggu riuh rendah rumah aku. Tapi la ni dah sunyi balik dah.

Ada pulak kucing baru yang datang ke rumah aku. Rasa aku umur dia dalam 2-3 bulan kot. Dok berkawan dengan kucing aku. Kucing aku tu (nama dia cibu) dah 9 bulan umur dia. Tapi yang tak sedap nyer kucing yang datang tu dok melantak makanan kucing aku. Sebab aku letak makanan kat luar. La ni aku dah start bagi makan kat dalam. Selamat la sket makanan kucing aku tu. Kalu tak asyik berebut ja nak makan.

Mulanya memang la nak niat sedekah ja kat kucing yg datang tu. Tapi pikir-pikir balik, nanti dia dok melekat kat rumah aku ja. So, aku tak layan sangat. Harap-harap nanti dia frust and blah lah. Tapi tak tau la bila.