Thursday, July 9, 2009

Wind Chime




Aku tak tahu apa nak sebut bende alah ni dalam bahasa melayu. Dari kecik lagi aku memang nak sangat benda ni. Tapi tak kesampaian hajat aku tu. Kebetulan aku ada pegi jalan-jalan kat The Mines, Seri Kembangan. Masuk jek satu kedai gift tu. Aku tengok macam-macam benda yang menarik perhatian aku. Terutamanya 'wind chime' ni lah.

Sebenarnya ada banyak jenis wind chime nih. Ada yang dari kayu, buluh dan macam-macam lagi lah. Dan yang paling terkenal, daripada aluminium seperti yang dalam gambar tu. Paling best dengar wind chime tu bunyi bila ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Rasa tenang jek.

Ada lagi beberapa benda yang aku nak beli... Tapi sikit-sikit lah.

Friday, July 3, 2009

Mikaeel a.k.a Micheal Jackson

Segala keraguan ku selama ini samada Micheal Jackson muslim atau tidak telahpun terjawab dengan begitu jelas sekali. Kedengaran jenazah beliau akan dikebumikan secara islam membuatkan hatiku begitu tersentuh sekali.

Siapa pernah menyangka. Seorang insan yang begitu gah di persada seni dunia. Hinggakan dia digelar sebagai King of Pop. Status yang sebegitu membuatkan beliau seperti Elvis Presley (King of Rock 'n' Roll). Mungkin sukar untuk mencari pengganti untuk gelaran yang sebegitu selepas ini.

Terdetik juga di hatiku ini betapa bertuahnya Mikaeel. Sempat menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai muslim. Betapa bangganya aku. King of Pop yang aku kenali sejak aku kecil ni adalah seorang muslim.

Mengimbau kenangan aku masa lalu. Lagu-lagu beliau sering aku tunggu-tunggu kemunculannya di tv ataupun radio. Maklumlah, dulu mana ada internet, cd, mp3 semua tu. Lagu 'Beat-It' adalah lagu yang paling aku minati hingga lah ke hari ini.

Semoga ruh Mikaeel ditempatkan di kalangan insan yang mendapat kemuliaan dari Allah yang Maha Esa. Al-Fatihah.....