Wednesday, June 16, 2010

Barang Lama-lama...

Aku ni boleh dikatakan orang yang agak cermat orangnya. Maksud aku, cermat pada menjaga barang-barang yang aku miliki. Selagi barang tu aku boleh guna, aku akan jaga barang tu sebaik mungkin.



Walkman ni berjenama Sony. Aku beli pada tahun 1997. Waktu tu aku masih menuntut di UTM, Skudai. Tapi aku beli di Sungai Petani. Harga dia aku dah tak ingat. Sampai sekarang ni, walkman tu still boleh digunakan lagi. Cuma, kaset dah tak berfungsi. Tapi setakat nak dengar radio tu, boleh lagi. Tapi kena search channel manually lah. Maknanya dah 13 tahun usia walkman aku tu.

Satu lagi ialah jam tangan aku. Jam tangan aku ni adalah pemberian daripada Pak Long aku. Waktu tu tahun 1995 masa aku di tingkatan 4, Sekolah Menengah Teknik Alor Setar (SMTAS).



Sampai sekarang ni dah 15 tahun aku pakai jam ni. Alhamdulillah, masih lagi dalam keadaan baik.

Tetapi kita sebagai manusia, kita harus ingat bahawa tiada apa yang akan kekal di dunia. Yang hidup, pasti akan mati. Aku teringat satu ayat Al-Quran yang bermaksud

"(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar." - Al-Quran (Surah Al-Kahfi, Ayat 98)

Di sini, kita dapat memerhatikan bagaimana Zulkarnain membina satu tembok untuk melindungi satu kaum daripada kaum Yakjut dan Makjut. Dan Zulkarnain pun mengingatkan kita bahawa binaan tersebut pun akan musnah satu hari nanti, bila sampai masanya.

Begitulah dengan semua benda yang ada di muka bumi ini. Tak semuanya akan kekal. Satu hari nanti pasti akan binasa. Kecuali dengan izin Allah.

Mudah-mudahan, kita mendapat iktibar dari ayat surah Al-Kahfi tersebut. Dan mudah-mudahan Allah memberi keizinan-Nya untuk aku terus menjaga barang-barang yang ada pada ku ini dengan sebaik mungkin.

1 comment: