Friday, June 18, 2010

Email dari Si Penipu...



Sekarang ni macam-macam orang buat kalau nak menipu. Pagi tadi aku dapat satu emel dari konon-kononnya "Maybank 2U". Dalam emel tu, dia kata akaun aku kene blok. Jadi, aku kena la buat password baru.

Yang paling kelakarnya. Aku ni mana la ada akaun Maybank. Aku rasa ramai orang yang terkena dengan taktik si penipu nih. Semoga Allah melindungi kita semua dari kejahatan mereka-mereka yang tidak takutkan azab Allah ini.

Untuk perhatian semua, JANGAN sekali-kali anda tertipu dengan taktik menipu yang sebegini. Pihak bank tidak akan menghantar sebarang email untuk pertukaran kata-laluan kepada pelanggan mereka.

Sekiranya anda menerima emel sebegini dan anda adalah pelanggan kepada Maybank 2U, sila buat pengesahan dengan bank terbabit melalui nombor telefon khidmat pelanggan mereka. Pastikan anda dapatkan maklumat dari laman-laman web yang benar sahaja.

Wednesday, June 16, 2010

Barang Lama-lama...

Aku ni boleh dikatakan orang yang agak cermat orangnya. Maksud aku, cermat pada menjaga barang-barang yang aku miliki. Selagi barang tu aku boleh guna, aku akan jaga barang tu sebaik mungkin.



Walkman ni berjenama Sony. Aku beli pada tahun 1997. Waktu tu aku masih menuntut di UTM, Skudai. Tapi aku beli di Sungai Petani. Harga dia aku dah tak ingat. Sampai sekarang ni, walkman tu still boleh digunakan lagi. Cuma, kaset dah tak berfungsi. Tapi setakat nak dengar radio tu, boleh lagi. Tapi kena search channel manually lah. Maknanya dah 13 tahun usia walkman aku tu.

Satu lagi ialah jam tangan aku. Jam tangan aku ni adalah pemberian daripada Pak Long aku. Waktu tu tahun 1995 masa aku di tingkatan 4, Sekolah Menengah Teknik Alor Setar (SMTAS).



Sampai sekarang ni dah 15 tahun aku pakai jam ni. Alhamdulillah, masih lagi dalam keadaan baik.

Tetapi kita sebagai manusia, kita harus ingat bahawa tiada apa yang akan kekal di dunia. Yang hidup, pasti akan mati. Aku teringat satu ayat Al-Quran yang bermaksud

"(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar." - Al-Quran (Surah Al-Kahfi, Ayat 98)

Di sini, kita dapat memerhatikan bagaimana Zulkarnain membina satu tembok untuk melindungi satu kaum daripada kaum Yakjut dan Makjut. Dan Zulkarnain pun mengingatkan kita bahawa binaan tersebut pun akan musnah satu hari nanti, bila sampai masanya.

Begitulah dengan semua benda yang ada di muka bumi ini. Tak semuanya akan kekal. Satu hari nanti pasti akan binasa. Kecuali dengan izin Allah.

Mudah-mudahan, kita mendapat iktibar dari ayat surah Al-Kahfi tersebut. Dan mudah-mudahan Allah memberi keizinan-Nya untuk aku terus menjaga barang-barang yang ada pada ku ini dengan sebaik mungkin.

Friday, June 11, 2010

Piala Dunia 2010

Jam dah pukul 10pm. Piala Dunia 2010 baru saja start. Aku masih lagi menggoreng pisang tanduk yang diambil dari Pontian. Harap-harap tak miss lah kick-off untuk piala dunia kali nih. Perlawanan pertama malam ni adalah di antara Republic of South Africa dengan Mexico.

Tapi pasai apa bunyik macam lebah daaa.. Aku pun tak tau instrumen apa yang penyokong depa ni pakai. Ataupun something wrong dengan live telecast yang depa buat. Astro pun sama, TV1 pun sama.

Sebenarnya, aku ni bukannya kaki bola pun. Tengok bola pun sekali-sekala. Itu pun kalu tertengok. Tapi tiap-tiap kali world cup, rasa memang best sangat. Aku kalau boleh tak tinggal lah match yang sempat untuk di tonton. Dulu-dulu masa belom ada astro kat rumah. Sanggup pukul 2-3 pagi pi melepak kat kedai mamak sebab world cup punya pasai. Tahun 2010 ni, Piala Dunia diadakan di negara Afrika Selatan.

Pada aku, ini lah masanya kita boleh tengok semua player terbaik dunia beraksi untuk mewakili negara diorang.

Seperti biasa, pasukan dari benua afrika menjadi pilihan aku. Tapi tahun ni spesial sket sebab ada Korea Utara, Korea Selatan dan Jepun yang menjadi harapan Asia untuk meneruskan perjuangan di Piala Dunia 2010. Harap-harap diorang mempunyai semangat juang yang tinggi untuk mencapai kemenangan.

Insya Allah, kalau ada kesempatan, aku memang akan tengok semua match. Insya Allah. Nampak gayanya, lepas ni kena lah adjust sket waktu tidur. Sebab match ada yang start pukul 10pm. Pastu pukul 2.30am ada lagi match.

Kadang-kadang tu terpikir jugak. Kalaulah pasukan Malaysia masuk Piala Dunia, aku rasa lagi la kita rakyat Malaysia ni excited nak tengok Piala Dunia.

Tuesday, June 8, 2010

Cincin 'black onyx'...


Hujung minggu lepas, pegi breakfast kat FAMA (Mardi), Serdang. Saja teringat nak makan nasi lemak dengan ayam goreng tepung. Tapi kedai nasi lemak tu tak jumpa pulak. Memang kedai tu dah tak berniaga kat situ kot.

Masa berjalan balik tu, terserempak dengan satu kedai yang menjual cincin yang ada batu. Batu cincin la. Bukan batu-bata. Aku pun berkenan lah dengan satu cincin tu. Harga dia RM35. Pada aku design dia ok la jugak. Sebab dah lama aku tercari-cari cincin yang ada batu macam tu. Pakcik tu cakap tu batu 'black onyx'. Aku pun tak tau la orang melayu panggil 'onyx' tu batu apa.

Ni la bentuk cincin yang aku beli. Yang hitam tu batu 'black onyx' tu.

Pada aku, aku tak la tekankan sangat khasiat tertentu yang orang selalu cakap tu. Sesetengahnya, diorang memang percaya yang batu-batu tertentu mempunyai khasiat tertentu. Sebab sesuatu itu tiada mendatangkan mudhorat ataupun manfaat melainkan dengan izin Allah.

Cuma aku berkenan saja kat cincin batu 'onyx' nih. Tapi tak tahu lah ini 'onyx' original ke ataupun sintetik.



Ni lagi gambar cincin tu. Pada aku, dari segi rekabentuk dia, memang menarik.



Pandangan sisi dari arah lain pulak.

Wednesday, June 2, 2010

Muhasabah Diri

Hari ni, semua berita tertumpu kepada misi menyelamat Ghazza di Palestin. Seperti biasa, reaksi masyarakat islam di seluruh dunia telah dapat dijangkakan. Tunjuk perasaan anti-israel dan anti-amerika diadakan di kedutaan-kedutaan yang terlibat.


Semoga Allah memberikan kita kemenangan dalam menentang israel laknatullah ini. Insya Allah. Pada mereka yang menyertai misi bantuan ke Ghazza, kita doakan kejayaan untuk mereka.

Walau seganas mana pun tindakan israel yang kita dapat saksikan. Dunia hanya mampu mengutuk serangan yang dilakukan. Tiada tindakan yang dapat diambil oleh sekutu kuat Amerika ini. Andaikata serangan itu dilakukan oleh sesebuah pertubuhan yang ada kaitan dengan islam. Sudah pasti akan di canangkan bahawa KEGANASAN yang berlaku oleh PENGGANAS.

Inilah yang terpaksa dihadapi oleh umat islam masa kini. Satu rancangan yang dirancang rapi oleh masyarakat kafir laknatullah untuk menjahanamkan umat islam.

Itu di pihak mereka (kafir laknatullah). Di pihak umat islam pula, lebih parah lagi apabila kita terpaksa berhadapan dengan lebih banyak rintangan. Perbalahan antara umat islam lebih parah untuk diselesaikan. Semoga Allah memberi kemenangan kepada kita untuk bersatu-padu dalam menegakkan agama Islam yang maha benar ini.

Wahai saudaraku, jangan lah kita menyangka bahawa apa yang berlaku di Palestin ini hanya lah sekadar satu episod terasing. Jadikan lah ia sebagai satu peringatan dari Allah supaya kita dapat mengambil iktibar bahawa mungkin satu hari nanti, kita (umat islam Malaysia) juga mungkin akan menerima nasib yang sama.

Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri. Agar kita mendapat keredhaan-Nya dan mudah-mudahan kita selamat di dunia dan akhirat. Insya Allah.